Wednesday, November 14, 2012

Selena Gomez

LOS ANGELES: Penyanyi dan aktres remaja Selena Gomez yang baru putus cinta dengan penyanyi Justin Bieber, pada minggu lalu dilihat kembali sibuk dengan kerjayanya.

Terbaru, Gomez, 20, dilihat muncul di gedung Kmart bagi mempromosikan rangkaian jenama pakaian dan aksesori ‘Dream Out Loud (DOL)’ baru-baru ini, sekali gus membuktikan dia sudah bangkit daripada kedukaan itu.

Dia turut mengemas kini aktiviti terbarunya itu pada akaun Twitter miliknya.

“Menuju ke @Kmart di White Plains untuk mempromosikan DOL!

“Daftarkan nama anda pada pusat khidmat pelanggan dan lima peminat akan berpeluang untuk membeli-belah dengan saya,” katanya.


Hubungan Gomez dan Bieber yang terjalin selama dua tahun berakhir pada minggu lalu dipercayai berpunca daripada kecurangan penyanyi lelaki itu.

No comments:

Post a Comment