Wednesday, November 14, 2012

Selena Gomez

LOS ANGELES: Penyanyi dan aktres remaja Selena Gomez yang baru putus cinta dengan penyanyi Justin Bieber, pada minggu lalu dilihat kembali sibuk dengan kerjayanya.

Terbaru, Gomez, 20, dilihat muncul di gedung Kmart bagi mempromosikan rangkaian jenama pakaian dan aksesori ‘Dream Out Loud (DOL)’ baru-baru ini, sekali gus membuktikan dia sudah bangkit daripada kedukaan itu.

Dia turut mengemas kini aktiviti terbarunya itu pada akaun Twitter miliknya.

“Menuju ke @Kmart di White Plains untuk mempromosikan DOL!

“Daftarkan nama anda pada pusat khidmat pelanggan dan lima peminat akan berpeluang untuk membeli-belah dengan saya,” katanya.


Hubungan Gomez dan Bieber yang terjalin selama dua tahun berakhir pada minggu lalu dipercayai berpunca daripada kecurangan penyanyi lelaki itu.

ANUGERAH SKRIN 2012

Keputusan Pemenang

1. Lakon Layar Terbaik – Bunohan
2. Lakon TV Terbaik – Di Telapak Kaki Bonda
3. Videography Terbaik – Aku Ingin Terbang
4. Laporan Khas/Berita Terbaik – Berita TV9 Bom Jangka
5. Rancangan Realiti Terbaik – Jemputan Umrah
6. Drama Komedi Terbaik -Elly & Apit
7. Artis Harapan Pantene – Puteri Balqis
8. Rancangan Bual Bicara Terbaik – Bella Labour Day Special
9. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama – Namron (Parit Jawa)
10. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama – Sherry Merlis (Di Telapak Kaki Bonda)
11. Rancangan Hiburan Terbaik – ABPBH25
12. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem- Lisa Surihani (Ombak Rindu)
13. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem- Syafie Naswip (Songlap)
14. Pelakon Wanita Terbaik Filem – Maya Karin (Ombak Rindu)
15. Pelakon Lelaki Terbaik Filem – Shaheizy Sam (Songlap)
16. Dokumentari dan Majalah Terbaik – Dunia Tersembunyi
17. Rancangan Muzikal Terbaik – AJL26
18. Pelakon Wanita Terbaik Drama – Ruminah Sidek (Parit Jawa)
19. Pelakon Lelaki Terbaik Drama – Abu Bakar Omar (Gincu Ayah)
20. Pengarah Terbaik Filem - Songlap
21.Pengarah Terbaik Drama – Khabir Bhatia (Di Telapak Kaki Bonda)
22.Anugerah Yasmin Ahmad – Pierre Andre
23. Drama Rantaian Terbaik – Jangan Ambil Padang Kami
24. Anugerah Filem Terbaik – Bunohan
25. Anugerah Drama Terbaik – Di Telapak Kaki Bonda